Friday, July 6, 2007

Majlis terima ijazah undang-undang Univ Liverpool

Khamis, 5/7/07 merupakan hari bersejarah bagi kami sekeluarga kerana anak pertama kami menerima ijazah sarjana muda undang-undang (LLB). Tahniah diucapkan!!!
Sebelum pengurnian ijazah pelajar berkumpul di sekolah undang2.

Bergambar beramai2, ada ramai lagi yang tak hadir.

Pembukaan majlis oleh VC. Kemudian bacaan biodata bagi 2 penerima anugerah kedoktoran kepada 2 hakim. Penerima anugerah ini seterusnya dijemput untuk memberi ucapan. Isi ucapan banyak berbentuk nasihat kepada para graduan. Antara yang menarik ialah katanya satu ketika sekitar tahun 90an keluar berita mengecam para peguam yang mengatakan para peguam penipu, rasuh dan sebagainya. Kita pun biasa dengar perkataan 'loyar buruk'. Baru-baru ini kita pun ada dengar di M'sia peguam melarikan wang pelanggannya. Jadi tanggapan ini merupakan cabaran bagi para graduan undang2. Akhlak perlu dibaiki dan dipertingkatkan.
Berjabat tangan dengan VC tanda pengesahan anugerah ijazah. Biasanya kat M'sia kita terima skrol kosong, tapi di sini hanya berjabat tangan. Sijil nanti diberi semasa keluar dewan.

Majlis tamat selepas 1.5 jam. VC diiringi keluar dewan.
Dewan tempat pengurnian ijazah bagi University of Liverpool.

Bergambar bersama guru besar iaitu dekan sekolah undang2.

Bergambar kenangan di bilik kuliah.

Membaling topi tanda satu kejayaan dan kesyukuran.

3 comments:

Doc said...

Tahniah & selamat bercuti.

p/s: Tak jeenk kedai basikal ke kat sana? Dgr cerita harganya berganda berbanding LBS di sini.

Doc said...

Maaf, silap taip: jeenk=jenguk

abuomar said...

Terima kasih.
Kat London hari tu sy sempat masuk satu kedai basikal tapi tak beli apa-apa kecuali Camelbak untuk digunakan semasa mengayuh basikal gunung atau mendaki gunung. Di Liverpool ni pun ada satu kedai sy tak sempat masuk lagi. Lagi pun tak rancang nak beli apa-apa barang basikal buat masa ni.