Friday, July 27, 2007

Rentas Desa

Jumaat 27/7/07 - Sebagai persediaan untuk Larian Utusan 2007 pada Ahad ini di Bangi aku pun membuat latihan. Seperti tahun-tahun lepas aku tidak menjangka kemenangan sebab lawan semuanya kuat-kuat belaka dan seluruh Malaysia mengetahui tentang larian ini kerana promosi dari akhbar Utusan ternyata ramai pembaca . Hadiahnya pun lumayan. Aku hanya inginkan medal yang mana sebelum ini sejak tahun 2005 aku belum memperolehnya. Medal diberi kepada yang berjaya sampai pada no. 30 mengikut kategori masing-masing.

Hari ini aku berlari sejauh 6.9km dengan kelajuan 7km/jam. Tersangat perlahan, merosot dari tahun lepas. Semalam aku berlari 5km. Sabtu lepas 4km. Adakah sudah mencukupi untuk masuk lumba?. Bukan niat aku untuk berlumba sebenarnya. Sekadar ingin berlari secara beramai-ramai. Seronok dapat minum percuma dan borak-borak bersama rakan, tengok apa barang yang dijual selepas larian.

No comments: