Wednesday, July 4, 2007

Waktu Solat musim panas

Rabu 4/7/07 - Gambar di atas menunjukkan waktu solat bagi kawasan Liverpool hari ini. Matahari terbit pukul 5 pagi dan terbenam pukul 9mlm. Siang panjang dan malam pendek. Kita pernah dengar pendapat yang mengatakan tidur selepas subuh tak baik, boleh membawa kepapaan. Kalau di UK musim panas, nampaknya tak cukup tidurlah kalau ikut fatwa ini. Sebenarnya ini hanya pendapat ulamak dan bukannya hadis seperti dakwaan sesetengah orang.

No comments: