Monday, October 8, 2007

Hadis Muslim tentang amalan bulan puasa

Kita hanya ada 3 hari sahaja untuk meninggalkan ramadhan. Semakin hujung semakin banyak amal ibadat yang Nabi saw lakukan.



Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang Dhuha dua rakaat dan mendirikan sembahyang sunat witir sebelum tidur
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1182

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: Bagaimanakah sembahyang Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menambah bilangan rakaat sembahyangnya lebih dari sebelas rakaat samada pada bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan lain. Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya serta tempoh masanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi. Janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya dan tempoh masanya, seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat. Aisyah menceritakan bahawa dia telah bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu mendirikan sembahyang Witir? Baginda menjawab dengan bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tetap sedar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1219

Hadis Ibnu Umar r.a:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1985

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1998

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2008

Hadis Ibnu Umar r.a:
Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2002



sumber: http://quran.al-islam.com/

2 comments:

Anonymous said...

a'kum wbt, slm raya!
sangat berterima kasih kerna dgn usaha saudara kita dpt sdikit pengajaran dr. maksud hadis yg dinukilkan di blog tn.
kalu balik kg. di perlis, bwa sama beskal tn kita rondaronda sekitar cni...
tk:-)

abuomar said...

Waalaikum mussalam Sdr Fikri,
Selamat hari raya , maaf zahir& batin. Mlm ni insyaAllah sy balik ke kelantan. Raya ke 2 baru pi perlis. Bagaimanapun basikal tak bawa balik sebabnya sekejap saja pulang kali ni. Anak nak periksa tak leh balik lama. Tapi tengoklah mcm mana, kot saat ubah fikiran.