Monday, October 22, 2007

Laporan kayuh kg chennah

Ahad 21/10/07- Kami (Zamani, Azhar, Pauzi, Azizul dan Man dari penjara Kajang) berkayuh dari Masjid, Kg Chennah ke Lata Kijang. Jarak perjalanan pergi-balik lebih kurang 45km. Keadaan jalan ialah jalan kampong bertar dan tanah merah berbukit dengan ketinggian maksimum 470m. Seronok dan agak mencabar juga. Ada yang basikalnya putus rantai, nasib baiklah juga ada bawa alat pembuka dan pemasang rantai. Basikal saya pula bocor, mungkin kurang angin sebab lama dah tak kayuh.
Garisan kuning ialah laluan kami. Masih jauh lagilah jika ingin ke Janda Baik iaitu garisan merah laluan Joe Adnan. Khabarnya juga ada tanah runtuh pada laluan merah.
Pokok tumbang merentasi jalan sebelum sampai ke Lata Kijang.

Air terjun Lata Kijang.

Azhar berbual-bual dengan orang asli bertanyakan pasal kat mana nak beli makanan, beliau dah cukup lapar. Kami jumpa 5 orang orang asli kat Lata Kijang, ada yang mandi dan menjala. Tempatnya bersih tiada plastik atau napkin.

Orang asli Kg Tohor tempat kami berehat membeli air dan roti untuk mengalas perut.

No comments: