Saturday, January 12, 2008

Jelajah Malaysia 2008

Sabtu (3 Muharam 1429) - Hari ini Jelajah M'sia peringkat 6 berkayuh dari Kuala Kubu Baru ke Genting (Goh Tong Jaya) melalui Rawang, KL, Batu Caves, Empangan Batu dan Ulu Yam sejauh 122km. Untuk melihat secara langsung Jelajah Msia aku pun mencuba sebahagian laluannya. Aku berkayuh secara solo dari Sekolah Menengah Teknik, Gombak melalui Batu Caves, Empangan Batu, Ulu Yam. Asalnya ingin berkayuh bersama Zamani dan Omar, tapi mereka berdua tak dapat ikut kerana demam selsema. Jarak kayuhan 54km dengan pendakian 2 bukit utama-Ulu Yam (mendaki 7km) dan Genting (mendaki 15km). Rancangan asal aku nak kayuh pulang tapi tayar belakang bocor sebaik tiba di Goh Tong Jaya. Inilah keburukan pakai tayar tanpa tiub, kena tukar tayar bila berlaku kebocoran. Nak bawa tayar kira agak leceh, tak ada ruang simpanan. Nasib baik jugalah dah sampai puncak kalau tak tentu susah nak minta tolong sebab laluan tentunya ditutup kepada lalu lintas. Minta bantuan Omar untuk ambil di Goh Tong, beliau guna laluan Genting Sempah untuk ke Goh Tong.

Garis kuning ialah laluan aku pagi ini.

Profail laluan.
Puncak bukit Ulu Yam, tempat orang mengambil air bukit untuk minuman. Apa khasiatnya, aku pun belum pernah mencuba.

Berhenti rehat di restoran mamak di Ulu Yam untuk makan roti canai sardin. Satu-satu restoran muslim di pekan yang dihuni oleh kebanyakan kaum Cina. Restoran mamak ni hampir wujud di seluruh dunia. Beriani merupakan makanan yang dikenali sebagai makanan muslim. Bila bermusafir contohnya menaiki pesawat antarabangsa, jika kita minta makanan muslim, kita akan disajikan dengan nasi beriani. Di tempat terpencil seperti Lahat Datu, Dabong kita akan temui restoran mamak. Mamak ni banyak berjasa kepada orang Islam dalam menyediakan makanan halal. Mereka suka mengembara ke merata dunia mencari rezeki sambil memberi khidmat sekurang-kurangnya dari segi menyediakan makanan halal kepada orang Islam.

10km lagi ke garisan penamat.
5 km ke garisan penamat
3km ke garisan penamat, merupakan kemuncak pendakian. Aku dah merasa kepenatan berkayuh.

Juara bukit dimenangi oleh Husin Askari dari Iran
Pasukan Malaysia
Pasukan Iran
Pasukan Indonesia.

No comments: