Sunday, March 30, 2008

Minggu ke 12

1-6 Apr
Isnin - Rehat/puasa

Selasa - R (40 min) petang berenang di Pusat Akuatik, Bukit Jalil (1800~1840). Mula masuk kolam sejuk bukan main lagi, maklumlah kolam berbumbung. Airnya segar tak bau klorin, rambut tak keras. Lepas renang tengok atlet berenang. Mereka buat pernafasan panjang sehingga 8 atau 10 kayuhan.

Pusat Akuatik Nasional, Bkt Jalil. Jadual menunjukkan Isnin-Jumaat 2 sesi (3 - 5:30 ptg) (6 ptg - 8:30mlm). Sabtu & Ahad 3 sesi (11:30 pg - 2:30ptg) (3 - 5:30 ptg) (6 ptg - 8:30mlm)Pemandangan menarik dari tol sg. besi di waktu senja.


Malam pergi berurut kaki yang cedera di rumah Abang (adik?) Taufik di Jalan 6 kaki, Beranang. Rasa macam ada perbezaan, katanya urat sekitar buku lali terperosok ke dalam.

Peta Jalan 6 kaki, Beranang


Tempat sakit akibat berlari (kaki kanan)

Rabu - B (25 min) kayuh ke pejabat.
Petang ni hujan cukup lebat, guruh berdentum dan kilat sambar. Keadaan ini belarutan hingga ke isyak. Pergi juga ke Bukit Jalil untuk berenang tapi tak dibenarkan kilat merbahayakan walaupun kolam tertutup. Melihatkan hujan, guruh dan kilat tidak menunjukkan keredaan maka aku tak tunggu lama terus balik. Lagi pun teringat kuliah Dr Ismail yang perlu dihadiri selepas maghrib. Hari ini hanya sempat berbasikal 25 minit sahaja iaitu ke pejabat pagi tadi. Banyak minit juga nak kena ganti ni.

Khamis - B (45 min) R (75 min) Kayuh pergi balik pejabat. Berenang di kolam UKM bersama Solihin dan Bazli. Bazli berenang 4k hari ni. Katanya dia sudah hampir yakin berenang merentasi laut dari Pulau Kapas ke Marang.

Jumaat - R (45 min) Renang bersama Omar di UKM. Buat kuak dada, sedikit lentang dan kupu2 dan gaya bebas dengan berlainan teknik pernafasan, 3, 5 dan 7 kayuhan. Tak ramai orang, ramai yang ingatkan hari ni akan hujan dan guruh kilat. Rupanya lepas jam 5:30ptg cuaca tenang dan segar lepas hujan. Air kolam pun tak sejuk sangat, suam dan selesa.

Sabtu - R (75 min) L (30 min) Renang (0745-0900) di UKM dengan Bazli, kemudian berlari (1000-1030 ) sekitar rumah.

Ahad - B (120 min) L (30 min) R (30 min). Basikal gunung bersama Wan (0700-1000) di sekitar perkampungan orang asli Sg. Merab. Setelah 27 tahun tinggal di Bangi, ini pertama kali aku sampai ke perkampungan orang asli Sg. Merab. Inilah baiknya bermain basikal, banyak tempat, lurah, lorong kita boleh sampai. Kami menyusur Sg. Langat, jumpa orang2 memancing dan menjala. Kata Wan, Sg Langat ni suatu ketika dulu banyak udang galah. Ada orang boleh kaya, dapat beli tanah sekitar Teras Jernang, hasil menjual udang galah. Tapi sekarang tidak lagi, air pun sentiasa keruh tak pernah jernih. Dapat berkayuh ringan sejauh 36km, kebanyakannya rata.

1000-1030: Berlari sekitar perumahan.


Jumlah latihan minggu ini - R 235 B 190 L 60 = 8.08 (sasaran 7.50 jam). Alhamdulillah kecederaan pada tumit semakin pulih, berkesan jugak urutan Abang Taufik.

2 comments:

Wan A. Hadi (one.D) said...

Confirm kita gi ggatih beskal Hari Ahad. Tunggu kawe umah demo jam 7:00pagi.

Pagi sabtu kawe gi main beskal ATB 2jam di Tmn Putra Perdana sambil buat tracklog. Sesuai untuk latihan kerana banyok turun naik slope.

abuomar said...

salam,
awal demo bangun, kawe tak buka komputer lagi. berbeza ngan generasi skrg suka bangun lewat.
demo berlatih dengan giat lagi nanti kita boleh gi banyak tempat lagi. tapi jejak basikal gunung sekitar kampung kita ni cukup banyak, sudah memada utk tujuan bersenam. Cumanya kalau sesekali kita nak makan angin luar boleh juga. tadi kat TV kawe tengok Sabah advanture challange, nampak menarik juga.