Monday, July 28, 2008

Desaru 3

Isnin 24 Rajab - Rehat

Selasa - R60B90 : Kayuh pergi-balik pejabat dan sekitar Bangi, Sg. Merab dan Teras Jernang. Renang malam di Uniten 200, 300, 400, 500, 400, 300, 200m = 2100m. Agak ramai perenang selasa malam dan lampu pun agak kelam. Ada laman baru diperkenalkan oleh rakan pejabat iaitu laman dari seorang jurutera nuklear, yang menggunakan nama nakamora.

Rabu - R30B30: Berbasikal MTB ke Jalan Reko dan Kajang Utama B45 dan berenang di Presint 6 R38=1500m berterusan. Nampaknya lebih selesa berenang di Presint 6, bersih dan lampu pun terang serta tak ramai orang.

Khamis - B30L120: Ke Kuantan dengan Naza Blade 250 untuk lawatan lapangan berhubung Pemeriksaan Berdasarkan Risiko (RBI) dan Pengesan Ketebalan Ultrasonik di loji petrokimia. Menginap di MS Garden, Kuantan. Lama dah tak bermotosikal jarak jauh, harap-harap tak mengantuk. Kebetulan moto pun baru diservis - rantai, sproket, pam brek, 'head set' dan tayar depan baru ditukar. Untuk lebih selesa lagi sepatutnya penyerap hentak belakang perlu ditukar.
Bertolak jam0815 dari Bangi menuju ke Timur, ikut MRR2 - penat juga mencelah jalan yang sesak. Tiba di tol Gombak, berehat sekejap mata berair dan mengantuk. Kemudian meneruskan perjalanan mengikuti lebuhraya pantai timur. Berhenti rehat 2 kali sebelum tiba di Kuantan jam 1230. Dengan GPS hotel MS Garden dapat ditemui dengan mudah. Jarak perjalanan ialah 281km. Lama tak menunggang motor, terasa sakit punggung dan pinggang.

Lepas makan pergi hospital Tunku Afzan jumpa adik seorang doktor pakar darah (hematologi) . Minta dia cek darah aku, nak tengok kandungan hemoglobin, keadaan hati dan buah pinggang, nak tau talasemia jenis apa yang aku hidapi. Sebenarnya aku ada talasemia minor yang diwarisi. Khabarnya kes talasemia ni banyak di Kelantan dan Selatan Siam. Kebetulan aku berketurunan dar Patani. Tok aku, tok Abu Bakar berasal dari Patani yang berhijrah ke Kg. Merbol semasa zaman Tok Janggut lagi.
Petang 1615-1700 berjoging (L112) sekitar Kuantan, dari hotel mengikuti jalan pantai, melalui Taman Gelora, Kelab Golf, Kediaman Resmi Setiausaha Negeri hingga ke Mini Zoo Teruntum. Di Taman Gelora, ramai juga orang joging, kebanyakannya bangsa Cina dan India. Pantai di Taman Gelora
Kuning- laluan joging yang sempat aku buat.

Malam dapat makan percuma di rumah adik. Tidur awal kerana agak keletihan. Tapi joging dapat menghilang kelenguhan bermotosikal.

Jumaat - Rehat: Untuk masuk ke kilang Flexsys, beberapa taklimat dan ujian keselamatan perlu dilalui terlebih dahulu. Kilang Flexsys ialah kilang yang memproses sulfur untuk kegunaan pembuatan tayar dsbnya. Banyak kimia merbahaya dan mudah terbakar digunakan. Lepas lawatan di Flexsys, rakan Pengkalan Offshore belanja makan nasi Kandar di jalan lama menghala ke Pelabuhan Kuantan. Ramai orang makan di sini hinggakan terpaksa beratur. Aku makan nasi gulai kambing.
Lepas makan jumpa balik adik di hospital untuk tengok keputusan ujian darah dan ambil ubat untuk ayah. Alhamdulillah ujian darah tidak menunjukkan apa-apa penyakit pada hati dan buah pinggang. Cuma paras hemoglobin aku agak rendah tapi masih normal. Katanya ini normal bagi pengidap talasemia. Mungkin ini juga sebab aku susah nak menang lumba triathlon atau basikal.

1500 bertolak ke kampung di Pasir Putih. Bertembung dengan beberapa penunggang 'superbike'. Mereka menyapa mesra. Tengok motor mereka terasa ingin nak pakai superbike, tapi rasanya hasrat ni kena dikekangkan. Belanja besar. Banyak ikut laluan tepi pantai sebab tak sibuk. Singgah minum di pantai Kelulut- terkenangkan tempoh hari berenang Kapas-Kelulut. Kemudian ikut jalan pantai melalui Penarik, Kg. Raja dan Kuala Besut. Pantai Penarik agak cantik tapi tak ada orang mandi mungkin agak bahaya, ombak besar dan pantai yang curam. Tiba di Pasir Putih jam 2030, disambut hujan lebat. Perkampungan nelayan di Pantai Penarik yang menarik

Profil jalan yang rata sekitar 10m dari paras laut.

Sabtu - B180L20: Awal pagi berjalan dan berjoging sekitar kampung melalui kebun getah (L90). Tengahari bawa ayah gi berurut dengan Hj Pak San di Sg Petai. Laluan jalan kampung yang merentasi kebun getah. Jumpa 2 penoreh wanita. Yang lelaki buat apa, masih tidur?
Orang dulu-dulu suka tanam pokok sstor (manggis) sekitar rumahnya. Ini antara rumah lama yang masih ada pokok manggis. Banyak juga aku jumpa buah-buah yang gugur, teringin nak mengutipnya tapi tuan tak ada.

Wakaf Tuan Farrer, antara bangunan lama di Pasir Putih. Di Kelantan banyak terdapat wakaf iaitu tempat rehat bagi pejalan kaki. Setengahnya ada kemudahan telaga untuk mengambil air.
Lagi bangunan lama, iaitu deretan kedai di bandar Pasir Putih. Kebanyakannya sudah mula bertukar.
Jambu air depan rumahku yang sentiasa berbuah tak mengira musim, tapi ianya terbiar luruh begitu sahaja. Kalau di Pasar malam Bangi jambu ni dijual selonggok RM1.
Ayah aku sekarang solo setelah kematian ibu. Nak kahwin lagi tak ada orang hendak maklum dah tua dan lumpuh sebelah tangan sapa yang ndak. Sebagai teman, dia bela kucing dan ikan kkarin (ikan laga). Semua binatang peliharaan di letak di luar rumah. Kucing dan anak-anaknya makan nasi gaul ikan yang kami berikan. Perhatikan ibu hanya melihat anak-anaknya makan.
Setelah anak-anaknya kenyang barulah dia menghabiskan makanan sisa, begitulah pengorbanan seorang ibu.

Ahad - Rehat: Bertolak awal pagi (0810) ke KL melalui Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Lipis, Raub dan Bentung. Gerai makan di R & R, Gua Musang. Aku minum kopi jantan bersama roti inti kacang. Tak nak makan banyak takut mengantuk.
Bergambar depan cermin dengan baju keselamatan khusus untuk menunggang motor. Ada perisai pada belakang, dada, bahu dan siku. Ianya ringan, sejuk dan rasanya lebih baik dari kulit. Seluar juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan ada perisai pada lutut. Harga boleh tahan juga ~RM500 sepasang. Ini kira yang termurah yang aku boleh dapati di Komplek Pertama. Cuma kasut aku pakai kasut joging. Topi pula jenis 'full face' buatan Italy aku beli kat Kemaman dengan harga RM150. Cina kedai tu bagi harga murah sebab dia dah simpan lama kat kedai.
Inilah Naza Blade 250 semasa berhenti rehat di R & R GUa Musang. Cadang nak tukar penyerap hentak belakang yang dah berayun. Khabarnya harganya RM500. Boleh tahan juga rege barangnya walaupun motor ni belum masuk kategori 'superbike'.
Peta dan profil dari P. Puteh ke Bangi, sejauh 465km dalam masa 6jam 15min. Tiba jam 1430 di Bangi. Setelah 3 hari menunggang jarak jauh, badan pun semacam sudah biasa, tiada kesakitan seperti mula tiba di Kuantan hari pertama dahulu. Tapi lenguh di bahu masih ada.

Petang berkayuh basikal gunung sekitar rumah selama 30 min. bagi menghilang lenguh-lenguh bermotor. Memang ternyata berkayuh atau berjalan atau joging seperti urutan semulajadi.

Jumlah sasaran minggu ini R90B330L140=9.33
Jumlah latihan sebenar R98B165L205=7.80

4 comments:

Wan A. Hadi (one.D) said...

waaaah! puas berbeskal naik moto besar lak, mesti nampak bergaya dan 20tahun lebih muda. Walau apa pun, janji tak buat style superman kira ok laaa... tapi, ada acu coba try test brake depan cara v-kang tak?

Anyway, semoga selamat sepanjang perjalanan. InsyaAllah.

dan.... ingatlah kpd yg tersayang!

abuomar said...

salam,
terima kasih atas ingatan dan doa tuan. kawe bawa slow2 jah, sekitar 80-120km/jam sahaja. bila pakai baju dan seluar moto mmg nampak muda.

Tok Ketua said...

Dr balik kampong rupa nya...P.Puteh kat maner?

Dah sampai sini,tak kan tak mo turun ke KB lebih2 lagi kat trek MTB chempaka...

abuomar said...

Pok Cik,
balik semetar jah. esuk (ahad) pagi dah kena balik KL. hari ni bawa ayah gi berurut kat sg. petai.
insyaAllah lain kali kalu ada cuti kawe balik gi main mtb ngan pok cik.
rumah ayah saya di kampung saring. tapi kebanyakannya duduk rumah adik saya di kg dalam huma iaitu tepi jalan pintas K.Tgnu-KB.