Monday, July 7, 2008

Desaru 6

Basikal untuk dijual, nak kurang kesesakan parkir kat rumah yang sempit ni. Sesuai untuk ke pasar dan ke surau untuk perjalanan sekitar bawah 5km. Ada 3 gear belakang (shimano). Sesiapa berminat boleh talipon 013-3809631 atau e-mail abuomar@streamyx.com

Isnin R63 - Berenang di UNITEN, buat 2x500 +1500

Selasa L45 - joging sekitar rumah

Rabu R42B45L30 - berkayuh ke ofis (25min). petang selepas hujan berkayuh road bike lagi 20min kemudian berjoging 30min. Rasa kurang sedap badan berair hidung. Malam lepas maghrib berenang (1.7km berterusan) di Presint 6. Jumpa Cipo, kawan lama berbasikal. Beliau sudah daftar Ironman 2009.

Khamis L120 - hari ini ambil cuti rehat, rasa macam nak selsema. Entah boleh joging lagi petang ni atau tidak. Malam joging dan berjalan mengelilingi Bandar Baru Bangi.
Jumaat - Rehat, demam

Sabtu - R30, demam. Oleh kerana ketagih malam pergi berenang juga ke Presint 6, buat ringan-ringan 2x500m.

Ahad B165 - Kayuh bersama Omar dan Faizal dari HOA ke Goh Tong Jaya pergi-balik (50km). 1jam 50 min untuk mendaki dan 50 min menurun. Perlahan je masa menurun tapi senang-senang boleh potong bas. Agak sejuk cuaca kat Goh Tong mungkin sekitar 22C. Lama dah tak kayuh bukit, terasa tegang urat belakang. Nampaknya selsema masih belum pulih juga. Jumlah R135 B210 L195=9.00 (sasaran 10.58)

2 comments:

Wan A. Hadi (one.D) said...

ASM G,
Demo pung demey jugok ko?
kawe demam sejak Selasa lagi... harini, sabtu doh keboh sikit tapi selesema masih ada. Dah 3 hari tak makan nasi, hidup ngan roti dan snickers saja.

Tak leh gi ggatih la...saamada diluar dan dlm rumah...tambahan lak org rumah takder skrg ni sehingga beberapa ari lagi.

abuomar said...

wsm,
malam tadi kira demey panas, tak leh tidur. pagi ni selsema. mungkin musim ore demey la ni. rasa boring tak leh nak buat apa.