Monday, July 14, 2008

Port Dickson Triathlon 20-7-08

Keputusan resmi triathlon PD, seperti yang dijangka aku dapat no. 19.
Peta PD triathlon. Berenang 1.5km, Basikal 42km dan lari 11km.

Medal penamat yang dikumpul tahun ini. Bermula dari kiri Kapas-Marang swimathon, A Famosa, Kenyir dan Port Dickson triathlon.

Tamat jam 11:34 pagi. Jumlah masa keseluruhan 3 jam 19 minit.


Bersama isteri yang menemani bersama anak perempuan, Surayya. Terima kasih Surayya kerana mengambil gambar, walaupun tak sihat. Kami sekeluarga sebenarnya baru lepas demam selsema.

Aku berlari dengan sangat perlahan, entahlah kenapa-mungkin kehabisan tenaga oleh kepanasan dan kepenatan berbasikal. Kat depan tu pak cik paling tua dalam triathlon PD tahun ini iaitu 71 tahun, baru lepas memotong aku. Masa yang diambil 1 jam 26 min untuk jarak 10km pada kedudukan no. 19 kategori 50an. Tak ada canlah nak terima hadiah, hadiah sampai no. 10 sahaja. Aku cukup terseksa bila berlari. Entahlah macam mana nak masuk Desaru half ironman nanti. Kena berlari 21km. Mampukah aku melakukannya.

Tamat acara basikal. Aku sempat mencucuk angin dengan orang muda (no. 412). Hampir 70% buat drafting, kemudian berkayuh sendirian kerana tak larat mengejar lagi. Kelajuan dicapai ialah 31km/jam untuk jarak 42km. Masa dibuat 1 jam 21 minit. Kedudukan 9 kategori 50an.

Mula berkayuh, memang sesak dan nampak berserabut PD triathlon, maklumlah 1000 peserta.

Lega baru melepasi renang. Sebelum berenang terasa juga takut, sebab tahun lepas ada seorang mati lemas. Memang semasa renang kemungkinan ditendang oleh perenang lain ada. Mukaku ditendang oleh perenang kuak dada sehingga tertanggal gogel. 32 minit berenang, lebih baik dari AFamosa dan Kenyir. Agak senang berenang di PD kerana ada pelampung penunjuk arah. Mengikut cacatan isteriku aku berada dalam kedudukan 7 bagi kategori 50an.

Perenang dilepaskan secara kelompok (6 pelepasan). Kelompok lelaki 50 ke atas dilepaskan bersama kelompok wanita. Sekitar 100-200 dilepaskan pada sesuatu masa. Dimulai 0800, kemudian setiap 5 minit, 0805, 0810, 0815. Kategori 50an bermulai 0815. 'Relay' ialah terakhir sekali. Sebelum renang, aku berdoa kepada Allah memohon keselematan. Dalam hati aku jelaskan matlamat aku masuk triathlon, bukan untuk menunjukkan kehebatan dan bukan untuk dibanggai sekadar untuk keseronokan. Aku harap perbuatanku ini bukan sesuatu yang sia-sia. Sebagai seorang muslim sesuatu pekerjaan itu bukan mengharapkan pujian manusia, tapi mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Bersukan adalah harus dalam Islam selagi adab dijaga, pergaulan lelaki-wanita dan menutup aurat. Kelihatan begitu ramai penyertaan di PD triathlon. Basikal aku no. 623. Bagi kategori 50 ke atas, terdapat 38 penyertaan.





Ahad, 20 Julai - PD tri: R32B81L84 (Masa yang dicatit dari kamera).

Inilah kakaknya, buat relay bersama bapanya. Beliau berenang dan berlari, bapanya berbasikal. Contoh atlet muslim yang memakai tudung dan pakaian renang menutup aurat.

Carbo-loading dinner dan taklimat oleh Mr Chan. Kelihatan triatlet muda 11 tahun dari Ipoh, Perak. Beliau dan kakaknya ialah perenang jarak jauh. Pernah berenang dari Pangkor ke Lumut, Langkawi ke Kuala Perlis (42km=14jam).

Pemandangan waktu senja dari PD marina (tingkat 11).
Menginap di PD World Marina dengan bayaran RM100 semalam bagi apartment 1 bilik tidur.


Sabtu - Rehat, bersih dan periksa basikal. tengahari ke PD.


Jumaat - B25L30: Berbasikal ke ofis. Ptg lari sekitar rumah.

Khamis - B45L30: Berbasikal pergi-balik ofis. Ptg lari sekitar rumah.

Rabu - B45R35L30: Berbasikal pergi-balik ofis. Ptg lari sekitar rumah. Malam berenang di Presint 6, 1500m berterusan-sesekali buat kejar mengejar dengan perenang lain.

Selasa - B20: Basikal dari ofis ke rumah. Petang, melawat rakan dari Sudan yang membuat pengajian sarjana di UKM. Tak sempat nak joging, malam tengok debat Anwar-Sabri dan ulasan di Astro Awani (saluran 501). Menarik kerana ia pertama kali sejak tahun 80an (era Mahathir) diadakan secara langsung di media TV. Masih terserlah kehebatan Anwar berdebat dengan susunan kata-kata yang jelas dan mudah difahami. Sabri dikatakan agak gementar.

Isnin, 10 Rejab -Rehat, baru pulih selsema.

Jumlah R67B216L176=7.65 (sasaran 5.00)

6 comments:

Tok Ketua said...

Cayo lah! Dr. meme hebat...kalu sayo tak larat wey..! huga sekilo pon segho nak putus napah!

Saye sekali ka Kelate tak dop bendo2 mcm nie...tak tahu bakpo!

abuomar said...

terima kasih atas komen pokcik. meme habis napah dah tadi. hujung2 tu jalan kaki jah. mungkin cara makan/minum nak kena kaji.
kelate banyak tempat menarik. kalu buat kat pantai pcb/irama tu eluk juga. kalau acara larian sepanjang tepi pantai tu eluk benar. tapi kerajaan bn (menteri pelancungan) mmg tak kan bagi sokongan kalu buat kat kelate.

Wan A. Hadi (one.D) said...

Asm,
تهنئة
Tahniah
Congratulations
Glückwunsch
félicitations
Bravo....

abuomar said...

terima kasih uncle D. nampaknya demo dah mula praktis renang. eluklah tu nanti boleh masuk triathlon sekali. triathlon ni antara sukan kegemaran ramai peringkat antarabangsa dan tempatan. penganjurannya agak 'consistent' 6 kali setahun. dulu pernah ada sukan lumba basikal tapi tak dapat bertahan lama, sebab kos yang tinggi dan melibatkan orang ramai, polis, dll. dan sambutan tak sehebat triathlon terutama penglibatan bangsa asing. orag putih jadikan triathlon sebagai aktiviti pelancungan mereka, tambahan kos sara hidup M'sia yang cukup murah. Hadiah PD triathlon hari ini banyak diboloti oleh orang putih. No. 1 ialah Mat Salleh dari Britain.

Tok Ketua said...

sayo rasa buleh buat...sebab di kelate nie ada jaguh tersohor, pah tu dr. pun ado. Kalu pegu 2 tu...ambo raso buleh...cuma bila kita organised satu2 event nie...meme penat.Kita buat benda hok oghe tak buat lagi,mace KMH buat race xc tempuhari...pertama kali di kelate. Kalu MTB on the road dan kayuhan mesra tu adolah.
Next event KMH nak buat akan datang di kelate ialah jambori dan DH.Buke gapo cumo nak suruh celik sikit mato puok2 kito nie...buke motorcross jah ganeh tapi beskal gunung pun hebat jugok bahkan lebih hebat dari motocross sebab kita buat pertandingan turun bukit (DH...so lagi nak cari sponsor kat sini meme susoh...
Sayo pun harap dr. pun buat gapo hok oghe tak buat lagi di kelate...acara triathlon!

abuomar said...

pokcik,
minta maaf pokcik, sy ni tak reti nak organise race. masuk race bolehlah. nak buat race perlu kerjasama ramai orang, kena ada sponsor dll. tapi pokcik macam dah ada pengalaman, eluklah tu kalau nak buat.