Monday, December 29, 2008

1 Muharam 1430

Hari ini ialah permulaan tahun baru kalendar Hijrah. Di surau dan masjid sambutan dibuat dengan membaca doa akhir dan awal tahun dan bacaan surah yasin. Bagaimanapun semuanya ini tidak warid dari Nabi saw, bukan juga amalan para sahabat dan bukan juga ulamak terdahulu. Amalan ini hanya rekaan ulamak kemudian. Yang baiknya ia mengingatkan kita kepada kalendar hijrah. Yang tak baiknya kita meniru gaya atau adat budaya lain dalam menyambut kedatangan tahun baru dan setengah ulamak menganggap bida'ah bila kita mengaitkan dengan sesuatu ibadah khusus. Ada yang bimbang doa akhir dan awal tahun serta bacaan yasin akan menjadi suatu kewajipan bagi golongan yang jahil agama.

“Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar adalah dalam urusan dunia. Ia sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun apabila kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak, pecah masyarakat mereka maka perkara tetap bagi mereka menjadi terbalik dan keadaan menjadi sebaliknya. Dalam urusan dunia mereka terhenti menjadi begitu jumud seperti batu atau lebih jumud dari itu. Mereka tidak memulakan rekaan, mengadakan dan menyingkap perkara baru. Slogan mereka: Golongan awal tidak meninggalkan untuk yang kemudian sedikit pun. Adapun dalam agama mereka mengadakan rekaan, membuat bid’ah dalam berbagam bentuk ibadah yang tidak diizinkan Allah” (al-Qaradawi, Al-‘Ibadah fi al-Islam, m.s 170, Beirut: Muassasah al-Risalah) - dipetik dari blog Dr. Maza.

No comments: