Friday, January 2, 2009

Kayuhan d'Roda Extreme

Semalam 1 Jan 2009 aku ikut kayuh dengan kumpulan d'Roda Extreme. Ramai juga yang ikut lebih dari 100 orang. Antara yang aku ingat nama ialah; Fuad, Cipo, Zamani, Zam. Kereta sokongan dan marshal membantu melicinkan perkayuhan beramai-ramai ini. Penganjur membekalkan air botol dan pisang percuma. Lepas pendaftaran kami mula kayuh kira-kira jam 0830 bermula dari Restoran Yus, Taman Sri Ramal. Memasuki lebuhraya Silk buat pusingan U untuk ke Bandar Baru Bangi melalui Masjid Hasanah, kawasan kilang, Teras Jernang, Bangi Lama, Rinching memasuki Jalan 6'.
Di garis permulaan depan restoran Yus.

Pecutan pertama dibuat sebaik mendaki bukit depan Ladang Ternakan ayam Kentucky dan ianya berlanjutan sehingga 6km (menghampiri Beranang). Di Beranang kami berehat untuk berkumpul semula menunggu yang perlahan. Seterusnya kayuhan diteruskan melalui jalan lama Kajang-Seremban ke arah Mantin. Beluk simpang ke Nilai melalui pekan Nilai lama menuju ke Salak Tinggi dan Pejabat Daerah sepang.
Basikal Ferarri milik Zamani.

Pecutan kedua sejauh 9km dibuat bermula dari bukit depan de Palma Inn sehingga Jenderam Hilir. Di sini lama juga menunggu, selepas 1/2 jam aku minta pulang ke rumah lebih awal.
Seronok juga, kayuhan begini memaksa kita membuat 'interval'. Aku dapat memecut pada jalan rata sehingga 38km/jam untuk beberapa ketika. Yang muda-muda mungkin lebih 40km/jam. Purata kelajuan aku dapat buat 28km/jam untuk kayuhan sejauh 85km. Kayuhan ku telah banyak merosot berbanding 2-3 tahun lepas. Purata terbaik aku pernah buat melalui kayuhan berkumpulan ialah 33km/jam untuk jarak 130km (Bangi-Bagan Lalang-Morib).

Terima kasih kepada penganjur. Semuga restoran Yus (N2 58 50.3 E101 45 22.5) dan kedai basikal Bike Xtreme (N2 58 25.4 E101 46 17.0) lebih maju lagi.

No comments: