Monday, February 9, 2009

LtdL 2009

Pagi ini LtdL 2009 peringkat 1 bermula dari Bangunan Mahkamah, Putrajaya. Permulaan sebenar bermula selepas memasuki lebuhraya menghala Cyberjaya selepas melalui PICC. Kami menunggu di jambatan ini untuk mengambil gambar.
Hakim perlumbaan berada di hadapan. Cantik motonya.
Kereta Cavalcade VW boleh tahan juga.
Polis trafik mengawal laluan. Mereka memain peranan sangat penting bagi mengawal lalulintas, terutama para pengguna jalanraya Malaysia yang tak sabar.
Kereta Cavalcade proton satria Neo pun apa kurangnya - nampak 'sporty'.
Pelumba masih relak dalam zon neutral ini.
Pelumba senior Ahmad Falani (kiri).
Aksi pecutan ('break away') sudah bermula di Bandar Baru Bangi kerana zon sprint1 di Kajang sudah tak berapa jauh lagi.
Kelompok depan di Bandar Baru Bangi. Pelumba Malaysia (baju biru) pun berada dalam kelompok ini.
Kelompok utama di Bandar Baru Bangi.
Kereta-kereta penyokong/pembantu.
Persiapan di Sprint3, Pekan Nilai Lama. Alat pengesan pelumba dipasang.
Pelumba Malaysia Mohd Akmal Amrun menjuarai Sprint3 di Nilai tiba jam 12:29.
Kelompok ramai tiba di Nilai jam 12:32. Pelumba Malaysia (baju oren), kalau tak silap Falani dengan basikal Cannondale.
Anggota media memikul kamera-kamera canggh. Untuk peringkat 1 ini kami sempat berada di 3 tempat laluan LTdL iaitu Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Nilai.

*Gambar2 selanjutnya boleh dilihat pada pautan berikut: http://www.flickr.com/photos/omp_production/sets/72157613543090978/

Gerhana Bulan

Gambar bulan diambil di antara pukul 10:15 hingga 11:10 malam dengan tiga dedahan berbeza.

Malam ke 14 Safar 1430 dikatakan akan berlakunya gerhana bulan (bermula 8:36 hingga 12:30 mlm). Apa yang dapat lihat dengan mata kasar ada sedikit cahaya kebiruan berbentuk bulat mengelilingi bulan (penumbra) tersebut. Cahaya tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas pada gambar foto di atas tetapi setelah dibesarkan gambar tersebut cahaya kebiruan yang mengelilingi bulan akan kelihatan.

2 comments:

Perlis Power said...

Congratulation to Malaysian riders..bila depa nak mai Perlis..?

abuomar said...

Ya, tahniah kepada pelumba Malaysia yang telah menunjukkan semangat juang yang baik pada hari pertama. Diharap mereka dapat terus meningkat atau sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi sehingga peringkat akhir. Semangat kerja berpasukan sangat penting dalam sukan lumba lebuhraya - antara sesama pelumba dan penyokong/pembantu. Pemulihan pelumba selepas setiap perlumbaan sangat penting agar mereka dapat bertahan sehingga ke saat akhir. Pemilihan diet makanan, kawalan hidrasi dll memerlukan kajian. Kejayaan juga menggambarkan tahap kemajuan sesuatu bangsa.