Sunday, March 1, 2009

Towerthon09

Pagi ini alhamdulillah kami telah berjaya menamatkan larian Towerthon 09 di Menara Kuala Lumpur iaitu menara ke 5 tertinggi di dunia. Lebih 2000 orang menyertainya, Melayu, Cina, India, Chile, Perancis, dll. Peserta dilepaskan secara berperingkat-peringkat bermula dari jam 0800 hinggalah jam 0930. Masa terbaik ialah 13 minit. Sebanyak 2058 anak tangga (26 tingkat) perlu didaki.

Faizal dan aku dah sampai jam 0700. Sarapan roti krim dan teh 0 disediakan oleh pihak penganjur.
Masa terbaik kami ialah,
Faizal Matta = 20 min
Omar = 23 min
Pauzi = 30 min
Foziah dan Sakinah = 1 jam 15 min.

2 comments:

Perlis Power said...

suatu yg menarik...naik berlari..turun naik lif ka..

nota: anak kpd saudara Rohani yg ke Satun meninggal kelmarin..kemalangan jln raya http://zankx.blogspot.com/ Al-Fatihah

abuomar said...

terima kasih atas makluman. fikri telah pun sms kepada saya. kita doakan pengampunan, rahmat, afiat dari Allah kepada anaknya.
berlari hanya masa mendaki. turun ikut lif.