Sunday, May 10, 2009

Kg Kapal, Broga

Ahad 15 J'awal aku ikut Muhd Khairul Anuar, Khairil Aslan (www.dueroda.com.my) dan Zul berkayuh basikal gunung di Kg Kapal, Broga. Aku pernah berkayuh dengan PCC di sini pada 25/2/07. Setelah 2 tahun agak banyak berubah. Jalan tar semakin bertambah dan lebih banyak pokok ditebang untuk tujuan pertanian.
Minggu ni aku hanya berkayuh basikal gunung masuk bukit. Cuaca bandar cukup panas untuk berbasikal jalan.Ini bukit tertinggi, boleh nampak pencawang elektrik Lenggeng.

Berehat seketika di puncak bukit.Profil ketinggian Broga loop.

Singgah mandi di Jeram Kedah.
Lebah semacam menjadi kawan bila masuk bukit. Mereka menghurungi baju kita untuk menghisap peluh.
Puting beliung dan rama-rama (tak sempat nak ambil gambar) pun suka berehat di Jeram Kedah.
Khairil bergaya dengan produk Bianchi: baju, seluar, helmet dan basikal Bianchi. Dia memang kaki kayuh, pernah berkayuh secara berterusan 21 jam dari Kajang ke Kedah.

Petang-petang hujung minggu, aku suka ambil gambar 'close-up' pokok-pokok sekitar rumah.

Gambar 'close-up' menggunakan Olympus Tough 8000.

Gambar malam dengan bulan purnama di Pusat Sukan Air, Presint 6. Lepas renang sambil tunggu anak-anak bersiap, ambil gambar dulu. Agak fleksibel Olympus ni, boleh ambil gambar malam.

Sabtu 14 J'awal berkayuh basikal gunung bersama Omar di Presint 20. Tak ramai pengunjung kali ini. Mungkin ramai dah jemu atau ramai yang dah serik dengan laluan 'downhill' dan 'roller coaster' yang cukup merbahaya bagi orang baru. Laluan pun agak pendek, satu pusingan hanya 10km saja.
Walaupun bukit ini terletak dalam bandar, ada juga lebah-lebah yang merayau. Tentu sarangnya tak jauh.

Awal minggu Isnin-Rabu aku berbengkel di Port Dickson.
Walaupun angin tak sekuat mana, Mat Salleh ni mencuba juga perahu layarnya.
Di Bangi cuaca agak panas, tapi tidak pula di pantai PD. Bayu laut memberi kesegaran kepada pengunjungnya.

No comments: