Saturday, July 25, 2009

Latihan Bulan Rejab

Seperti bulan lepas latihan di bulan rejab agak kurang. Purata 0.79 jam sehari. Kebetulan bulan ini banyak mesyuarat, kursus, seminar dan bengkel. Aktiviti utama yang sempat disertai ialah triathlon ATM, kayuhan di FRIM dan Tekala-Bt 14-Peras. Yang lain hanya latihan ringan sekitar 30 min sahaja.
Pantai Tanjung Biru, Port Dickson yang bersih dan jernih air cukup sesuai untuk latihan renang. Airnya cetek dan tenang, selamat dan selesa seolah-olah macam kolam renang.
Prof Dr Vavilov pakar termografi infra-merah IAEA dari Rusia seronok berenang di sini. Bagaimanapun katanya airnya panas (27 C). Di tempatnya Tomns kebanyakan cuaca sejuk dan laut mati ialah laut terdekat. Laju juga dia berenang gaya kupu-kupu, tak terkejar aku.

No comments: