Monday, April 19, 2010

Putrajaya-Limau Manis

Sabtu dan ahad lepas aku berkayuh basikal jalan sekitar Putrajaya. Sabtu buat kayuhan solo, agak berat kaki mengayuh disebabkan lama berehat. Kayuh dari rumah melalui Sg Merab, Taman Cabaran, PICC, Pinggiran Putra, Limau Manis, Sg. Merab dan Teras Jernang sejauh 50km. Bukit Taman Cabaran tak mampu kayuh, mungkin agak curam untuk basikal jalan walaupun sebelum ini boleh dengan basikal gunung atau memang kaki dah tak kuat. Di penghujung kayuhan cuba draf belakang lori. Jantung tak dapat bertahan lama. Kemudian ahad berkayuh ikut kumpulan MaPlay yang terdiri dari Pak Ibrahim, Dr K, Yazid, Zairi, Shakri, Wak Jali dan anaknya, Rahman dan kawannya, Bulat, Ibrahim Putrajaya, Zaharin dan Shahrul Hulk. Kayuhan bermula di Taman Warisan. Sepatutnya bermula 745 pagi tapi tertangguh hingga 815 pagi. Beginilah bila ingin berkayuh dalam kumpulan. Budaya Melayu memang susah untuk berubah. Pernah aku menunggu sehingga 1 jam untuk berkayuh dalam kumpulan basikal gunung. Aku memang dah agak kalau cakap 745, kul 8 pun belum tentu lagi. Aku datang awal jam 730 kemudian minum dan makan nasi lemak pengalas perut.
Jam 8:25 kami pun mula kayuh menghala ke Kg Limau Manis. Bila tiba di kawasan pendakian, nampaknya masing-masing ingin mendapat gelaran raja bukit. Aku belum panas lagi, terasa masih berat. Kekalkan rentak kayuhan pada degupan sekitar 140. Apabila menuruni bukit terus kekalkan kayuhan sehingga tiba di jalan rata menuju ke PICC. Dari PICC kami buat sedikit lawatan ke perkuburan presint 20 dan kembali semula ke PICC untuk menuju ke Istana. Hanya aku dan Pak Brahim terus mendaki istana dan Shangrila. Kelihatan pak brahim agak keletihan, katanya tadi tak sarapan. Memang akan terdapat perbezaan jika kita tidak sarapan pagi.
Aku dan Dr K (gambar ehsan Pak Brahim)Kayuhan pemanasan (gambar ehsan Pak Brahim)
Mengambil selekoh depan PICC.

No comments: