Sunday, August 1, 2010

Kelawang loop

Pagi ini berkayuh basikal jalan bersama kumpulan Maplay - Ibrahim, Yazid, Azlan dan Zairi. Laluan ialah Tekala-Broga-Lenggeng-Bukit Tangga (Jeram Toi)-Kelawang-Titi-Bukit Naga (Peras)-Empangan-Tekala = 119km. Tempoh kayuhan 5 jam 10 min. Kelajuan maksimum 74.8km/jam (Bukit Lenggeng). Halaju purata 22.6km/jam. Cuaca baik dan sedikit mendung.
Peta laluan
Profil laluan (disalin dari Yazid) menunjukkan 2 bukit utama: bukit tangga dan naga.

Sarapan di pekan Lenggeng. Masih segar.Pun masih bertenaga lagi di Bukit Tangga
Baru separuh perjalanan. Zairi yang tak sihat kerana sakit perut nampak agak kepenatan. Bagaimanapun alhadulillah semuanya selamat.

Gambar ehsan Yazid.

2 comments:

abuomar said...

Hari ini terasa semakin sihat dan ringan setelah banyak lemak dikeluarkan semalam. Cuma saya agak terkilan tak dapat menang overall. Cuba melarikan diri setelah turun Peras tapi dikejar pak brahim. Tak sangka rupanya dia ada kat belakang. eluk tiba depan gate dam semenyih dia tiba, terkejut saya. hebat2 pak brahim. menang kom peras dan overall. keputusannya ialah;
KOM bukit tangga: 1st Yazid, 2nd Ibrahim 3rd Pauzi
KOM bukit Peras (Dragon hill): 1st Ibrahim, 2nd Yazid, 3rd Pauzi
Overall: 1st Ibrahim, 2nd pauzi 3rd Yazid.

Sebenarnya kayuhan kelawang memerlukan kesabaran, mengekal rentak kayuhan mengikut kemampuan, mengambil makanan yang mencukupi (minum setiap 15 min). Selain sarapan nasi lemak dan roti 2 keping, saya ambil kurma, power bar dan power gel. Power bar dan gel saya guna di saat akhir iaitu di Bukit Dragon yang mencabar. Untuk endurance jangan kita kayuh sehingga tak mampu bercakap. Nanti kita akan kehabisan tenaga dengan cepat. Bagaimanapun tahniah kepada Zairi dan Azlan kerana berjaya menamatkan kayuhan, tak jauh pun kami de depan.

Apa kata kayuh selepas raya kita buat dari Genting Sempah ke Puncak genting pulak. Ini memang menguji mental. Tapi perlu kepada kebolehan membuat kayuhan perlahan dan mengimbangi basikal.

NIZAM(REALX) said...

salam Doc....
tahniah n syabaslah doc sebab berjaya buat loop penuh Kuala Kelawang...saya rasa saya tak mampu nak habiskan loop kuala kelawang tu...dah banyak kayuhan yg saya buat dari yg paling dekat(10km) sampailah yg paling jauh(100km++)..saya rasa saya tak boleh lepas kalau saya ikut sama hari tu...dengan keadaan bentuk muka bumi dia yg berbukit-bukau...perghhh..mau saya tahan teksi suruh dia hantar saya balik kajang...bukan apa kalau flat road insyallah...kalau banyak sangat bukit...saya takut krem je...sebab kaki kanan saya ni ada problem sikit...kayuh boleh kayuh tapi kalau saya melepasi je angka 70km keatas...kaki kanan saya akan mula rasa tak sedap...tu yg takut nak kayuh jauh2 tu...kalau nak kayuh jauh2 gak...saya terpaksa berkayuh dlm keadaan yg cukup berhati-hati...bukan tak nak ikut tapi tak berapa nak confiden...karang tengah sedap2 kayuh tiba2 je krem...dah kacau member2 lain punya rentak kayuhan...nak cakap tak cukup latihan...kadang2 seminggu tu 2-3 kali saya kayuh layan loop sg long belakang rumah saya tu..saya rasa Doc pun tau dia punya loop cam mana...mungkin saya perlukan masa lagi kot utk kuatkan kaki2 ni...insyallah kalau berkesempatan nanti kita kayuh sama2...