Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

1 Muharam 1432 - Selamat tahun baru semuga kita terus dapat beramal baik. Masih lagi terkenang ayah yang sudah hampir 2 minggu meninggal. Terkenang semasa kecil ayah yang suka juga bermain-main dengan anak. Pernah ayah buatkan wau untuk ku dan bermain sama, pernah sama-sama menangkap ikan di sawah, memotong padi, makan nasi bungkus di tepi bendang, hisap rokok daun. Setelah aku kahwin, bila dia datang ke Bangi, kami sering ke kedai mamak, makan roti canai, ke kedai makan sup tulang kegemarannya. Dia suka manis dan masin-puas ku memujuk agar mengurangkan manis/masin tapi tak dihiraukan. Pernah di akhir hayat beliau minta air 100+ dari adik yang tak dapat memahami maksudnya. Beliau sebutkan air gelang dua yang pernah aku belikan untuknya.

Ya Allah ampuni dan rahmati ayah dan ibu ku. "Allahumma firlahum warhamhum wa'afihin wa'fuanhum". Rabbi firli waliwa lidayya.

Pagi ini sempat berkayuh dengan kumpulan kayuh dari Bandar Seri Putera.




Bergambar di puncak bukit. Lagi gambar boleh dilihat http://www.facebook.com/profile.php?id=1197147023

No comments: