Saturday, October 5, 2013

Latihan Tri di Presint 6

Pagi ini buat latihan triathlon di Putrajaya. Mula dengan lari 50min, renang 15min dan kayuh basikal gunung di Taman Cabaran 1jam 20min.


Hari ni cuba kaedah TI yang diajar anak saudara (along). Mungkin terlebih hayun, jari kaki kejang selepas renang 600m. Cuba urut dan buat regangan tapi tak mau hilang. Mula-mula urut kaki kanan. Bila nak masuk air, kaki kiri pulak kejang. Kedua-dua jari yang kejang ialah jari sebelah ibu jari. 

Tapi kekejangan ini alhamdulillah tidak berulang semasa kayuh. Heran aku memikirkan. Selasa lepas buat renangan 1100m tak ada masaalah. Catatan masa dijimat sekitar 2-3 min dari biasa. Mungkin otot yang ingin digunakan ialah otot baru atau penat setelah berlari tadi.

Lepas kayuh, sambil minum dan makan tamar layan tengok orang main kereta kawalan jauh. 


6 comments:

Joe Radzif said...

Bang, dari kolam renang tu ada jalan bole kayuh lalu trail Xterra
cross ke jalan moto - dengkil - kuar kat PCP

abuomar said...

Sy tak masuk Xterra dulu. Jadi tak tau laluannya. Terima kasih, sy akan cari laluan tu. Kalau kita joging dulu sebelum kayuh terasa lebih ringan badan. Ahad lepas sy joging diikuti kayuh dan renang. Lepas ni kena praktis basikal jalan pula sebagai persiapan Nusajaya triathlon. Sy suka juga Xterra tapi bayaran tersangat mahal bagi sy. Sy masuk lumba bukan utk menang tapi utk mengekalkan kesihatan dan seronok beramai2.

Joe Radzif said...

ni dia trail dia...
trail dia tak de la mencabar sangat
tapi boleh nak dapatkan extra mileage la...
kikikiii

http://1.bp.blogspot.com/-5LGIjcE1KeI/UV1ATyAr-BI/AAAAAAAAR6I/b6p4zFMUUOU/s1600/Bike+20km+Sprint.jpg

abuomar said...

Terima kasih Joe. InsyaAllah besuk sy joging dan mtb di TCP. Lepas renang di presint 6. Jom ikut sama.

Joe Radzif said...

Ahad Aritu saya ada kat PCP.
Start kayuh lambat. Dalam 9+. Pastu member ajak tambah mileage. So saya bawak trail nih - PCP-Xterra(kubur)-Equestrian Park-Cross ke jenderam ikut kampung Orang Asli-Kg tok 4 Rashid-Jenderam-PCP so dapat dalam 25km gitu. tak full trail sebab ada member dah cramp. kalau dapat naik Bukit tok 4 Rashid dan lalu tasik, bole dapat 30km.

Plan saya pas nih (atas request member)jadi begini

PCP-Xterra (kubur)-Equestrian-Jenderam-Bukit Tok 4 Rashid-360-Kota Warisan-Jenderam-PICC-Tasik-Pullman-Xterra(5R3)-Laluan motor-Dengkil-PCP

Rasanya boleh dapat 45km. Last time buat PCP-Dengkil-KW-DEngkil-PCP pun dapat 50km

cuma masalah besar saya skang - permit susah nak dapat. kikikiii

abuomar said...

Saya skrg tengah buat latihan untuk Nusajaya triathlon, 3 Nov 13. Mungkin lepas ni boleh kayuh sama.